Wednesday, March 9, 2011

kata-kata temanku:

Desire is the key to motivation, but it's the determination and commitment to an unrelenting pursuit of your goal - a commitment to excellence - that will enable you to attain the success you seek:)
 

Wednesday, February 23, 2011

NAK CEPAT SENANG??? SENANG JEW!!!!!

Kenape sukar nak berubah???
Kenapa susah nak sedar???
Kenapa payah nak buat???

X terfikir ke..
Banyak yg boleh kita buat..
Banyak ilmu yg kita dapat..
Dan banyak peluang yg kita boleh cari..

So, dah tau apa nak dibuat..
Dah banyak ilmu yg dipelajari..
Dah ada peluang depan MATA!!

BUATLA..
GUNALA ILMU YG DAH ADA..
AMBILLA PELUANG YG TERBENTANG!!!!

Monday, February 14, 2011

PROJEK PEMBANGUNAN INSAN


by Zairy Zrbmc on Monday, January 24, 2011 at 1:23pm
Rakyat Malaysia dalam merebut peluang

Org cina kata,gua buat dulu...
Org melayu kata,awak buatla dulu..
Org india kata,ayoyo boleh dapat berapa ribu...

Walau apapun yg kita kata,kita tetap 1 Malayisa
Yg punya impian dlm kehidupan..

REZEKI DARI TUHAN
semoga aku insan terpilih

ada 2 cara utk mengetahui ttg peluang hebat ini :-

1) dtg ke majlis Preview PERCUMA kami :-

Rabu = 8.45pm -11pm ( ukay perdana )
sabtu = 2.30pm - 5pm (sg.besi)
Ahad = 10am - 12.30 (sg.besi)

2) dtg kursus usahawan kami seminar wave 5- hanya RM70( 3x mkn disediakan)

Ahad = 8.30am - 6.30pm

sila pilih no 1,2 dan msg/kol saya 013-9482914 (Miss. Nurul Ashyikin)

REZEKI UNTUK DINILAI....

PROJEK PEMBANGUNAN INSAN!!!

REZEKI DARI TUHAN
SEMOGA AKU INSAN TERPILIH

-Adakah anda tahu? Bila, REZEKI DARI TUHAN akan dtg kpd anda.

-Adakah anda tahu? Di usia yg mn REZEKI DARI TUHAN akan dtg kpd anda.

-Adakah anda tahu? Bila, doa anda akan di makbulkn dgn limpahan REZEKI DARI TUHAN.

-Adakah anda tahu? REZEKI DARI TUHAN itu, bakal dtg dlm pbagai bentuk, sama ada anda suka mahupun tidak.

Jadikn perubahan yg kita inginkn, kegagalan sebenar adalah kegagalan mencuba Call Me 013-9482914

Friday, February 4, 2011

Dunia makin maju..

Keadaan Ekonomi Sekarang
       ¨ Kesan Kegawatan Ekonomi Di Malaysia, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu media baru-baru ini 102 majikan mengemukan laporan kepada pihaknya untuk memberhentikan pekerja mereka secara berperingkat mulai January ‘09

  ¨ Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dilaporkan menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan tahun ini—BERNAMA

 ¨ PERSEDIAAN ALTERNATIF KEPADA KESAN KELEMBAPAN EKONOMI GLOBAL

Undang- Undang pertama!!!

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm




Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Kejayaan akan datang setelah kita PERCAYA!!!

"Untuk berjaya, kena percaya!" kata Mr. X.


Ringkas sahaja. Namun cukup bermakna. Untuk memudahkan perbincangan, kita rangkumkan percaya dan yakin dalam satu pakej.


Kita percaya yang kita akan hidup esok hari, maka kita sibuk  merancang. Program diatur dengan hati-hati. Kalendar penuh. Jemputan  sana sini. Pendek kata, sungguh teratur hidup kita. Perancang berjaya!


Menariknya kita percaya juga untuk mati, tapi...(isikan tempat kosong dengan jawapan sendiri)


Maka sebenarnya, adakah kita percaya dengan kematian? Atau kita bersikap menafikan (denial)?


Semestinya jarang manusia sukakan kepada penghujung (ending). Sentiasa  ada tangisan yang mengiringi perpisahan. Maka tidak pelik untuk melihat  manusia menangis meratapi kematian orang tersayang.


Tapi sahabat, mari kita menukar cara pandang kita. Bagaimana jika  kematian itu bukan penghujung, tapi permulaan. Permulaan yang bakal  menentukan kejayaan atau kegagalan.


Benar, permulaan juga disambut dengan air mata. Tapi air mata itu  adalah air mata keriangan dan kegembiraan. Alangkah bahagianya mereka  yang mendapat syurga. Subhanallah.


Berbalik kita kepada pesanan Mr. X, percayalah anda akan berjaya. Namun untuk berjaya anda kena ikut orang yang berjaya. Ikut orang yang tidak berjaya, anda teraniaya!


Kehidupan kita ini ada banyak cara untuk sampai ke penghujungnya.  Jalan yang mana sekalipun anda pilih, anda tetap akan sampai ke  hujungnya. Sesungguhnya, cara hidup kita akan menentukan cara mati kita, pesan Imam Ghazali. Maka kisahlah akan cara hidup kita.


Sambung Mr. X lagi,
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."


Manifestasi. =)


Ayuh kita menjadi orang yang percaya dan berusaha. Tatkala Nabi s.a.w  mengkhabarkan kepada sahabat yang Kota Konstantinopel (Constatinople)  akan dibuka, maka yang mengiringi kepercayaan itu adalah angkatan  tentera yang berusaha untuk membuka kota bertuah itu.


"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.  Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan  yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)


Percaya untuk berjaya!